Showing posts with label hari ini. Show all posts
Showing posts with label hari ini. Show all posts

Friday, 14 June 2013

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN @ MALAM NISFU SYAABAN DARI PANDANGAN ISLAM | Takzkirah Subuh

 
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN @ MALAM NISFU  SYAABAN DARI PANDANGAN ISLAM | Takzkirah Subuh | Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.


PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Sumber: http://hikmah.org.my

Friday, 12 April 2013

today is MY DAY

Alhamdulillah ..
Aku masih membuka mata hari ini ..

Jauh disudut hati ...

Today's my 32nd birthday,
and I should be partying like every other single women would be.
I don't know what brought me to this paper, I guess I just really miss you....

Today, I should be celebrating, but instead I'm cleaning the mascara marks that followed the path of my tears down my face. Non of my friends know about you in my life .. no body are with me and tell me that I should smile and enjoy my single life, How lonely I am??
There's an aching in my heart where you used to be.
 
I turn 32 today, living without you.
Truth is, it's only my heart craving in the past. In reality, time is still going by.. Even without you.
It's hard to face it, but it's real. You're far from me .. You're not coming back to me... You're not here anymore, not in my heart anymore. Your smile is faded. I take a deep breath, clothes my eyes to make a wish, but I see your face.. I hide behind a fake smile, open my eyes.
I blow out my candles, but nothing happens. Wish you are here....

Moga Allah memperkenankan segala hajat & doaku ..
Amin..

Tuesday, 2 April 2013

Tak TerCapai Dek Akal ku

hangin lak Chenta arini ..
dengan perasaan yang risau lagi
mencemas kan Chenta aje

Chenta hantar housemate ke Hospital Salam Senawang,
emergency kes lagi ..
mau tak emergency .. dr kul 1 am - 5 am ..
tak tido sebab muntah sepanjang masa
*kene lah Chenta amik 1/2 day sebab x tido*

bleh lak .. missy tu tanyo den
ni nak amik ubat ke , nak injection ke nak masuk wad?

hangin den!!!
dengan kemengantukan
kerisauan
kecemasan
semuo ea ado ...
"saya nak kene buat keputusan ke ?... kalu nak amik ubat or injection baik saya amik kat tawakal tadi je .. cer u pikir kan yang terbaik untuk pesakit ni ..& kenapa saya amik surat dari doctor untuk jumpa pakar .. Bla..bla bla "
Chenta ceritakan apa yang berlaku kepada housemate Chenta lah kan ...



6.30 am
selesai pendaftaran, checking, everything *Chenta tak lah dibenarkan untuk bersama pemeriksaan*
kami dihantar ke bilik yang ditetapkan .. &  missy kata peasakit kena berpuasa untuk membuat altrasound .. xpek do dek non .. pesakit ni dh perut 0 disuruh puasa smpai kul bape tu ???
Tak pasti ... sebab GL x lulus lagi ... dengan budi bicara yang berhemah .. Chenta mohon pesakit diberi makan dulu .. then baru berpuasa di samping menunggu GL lulus...

dah selesai umumkan kepada yang parents & friends housemate Chenta ni akan keadaannya ..
Chenta pun balik & berehat , bersedia untuk ke pejabat pada tengaharinya...

nak Jadi Cerita Hangat Hari Ini wassap diterima :

"tolong callkan Insurance Company kenapa GL x kua lagi"

Jam sudah pukul 2.00 PM

Giler kejam nasib baik Chenta mintak makan pagi tadi kalu tak .. mau Innalillahiwainailaihirajiun Housemate den tu ..

Chenta call company Insuran & suruh fax kepada semua nombor yang Salam ada ..sebab dia kata dah 2 kali hantar  ..

tak puas hati .. Chenta dari pejabat hokey!!
call Salam .. Receptionist la yang jawab .. habis semua Chenta kuakan yang terbukau ..
"kejap ye Cik saya sampaikan di Admit dept" - sekali tak angkat da ...
"saya sambungkan terus ke pembantu doctor ye"
"maaf, saya tak ada kene mengenakan pun , ini tugas staff nurse , saya sambungkan ke sana"
- kata pembantu doctor hokey!!! *hangin tol la*
Chenta dapat bercakap dengan staffnurse tu dengan namanya sekali Chenta hamik hokey - memang Chenta macam tu sebab nak bukti yang kukuh ..
"kami baru terima GLtu baru sekejap ni"
kenapa lambat sedangkan syarikat insuran tu dah reply you lama .. nak bagi pesakit kronik ke ??
"kami punya mesin FAX tu memang lambat sikit terima"

HELLO!!! YOU ARE ATTENDING AMERGENCY CASE HOKEY !!..SOMEMORE SPECIALIST HOSPITAL TITLE .. SHOULD NOT HAVE THIS TYPE OF PROBLEM ANSWERED!!!

huh! so lembab! tolonglah anta staff you pergi training!!!






 

Saturday, 30 March 2013

Rasa seketika

Pedih lah hati ni bila terasakan semua ni

Semalam colleque Chenta bertanya ..
" akak x rasa sunyi ke kak?"

yer semakin lama semakin terasa .. tapi ada ke cara lain untuk hilangkannya

ok lagi bilamana rakan yang sama-sama status tanya soalan & meluah perasaan macam tu ..

tapi yang jadikan Chenta hangin
ada lah satu aritu .. xingat bila
tapi sampai bila-bila Chenta akan ingat semua apa yang dikata tu ..
satu penghinaan!!
dan Chenta takkan maafkan dia selagi dia tak minta maaf pada Chenta...
*masa ni hati Chenta dah cool tu yang boleh meluah perasaan*

Mentang-mentanglah
Chenta tak da saudara lelaki mahupun seorang ayah
yang menjadi tempat mengadu Chenta

sapa yang tak nak kawin & ada zuriat sendiri kan??
Siap kuat2 kata Chenta anak dara tua??
memang la itu benar ..
tapi apa keperluan & kehendak engkau
nak kata semua tu pada kawan2 semua?

Honoursly ..
my parent sendiri pun tak bising pasal status I ok ..
to me ..
he really to much!!
Masa tu ..
nak marah memng tak boleh ..
hati sebak & berbekam!!
Hanya yang terlintas di hati selama 2 minggu ..
Chenta istighfar & berkata dalam hati ...
"ko pun ada anak perempuan yang bakal melintasi hari2 seusia aku ..
mohon pada Allah selagi dia tak maafkan aku ini juga lah yang akan berlaku pada anaknya ."

Moral of the story...
*moral yang memujuk hati untuk sabar*
buat apa berlaki ..
kalu mulut laki macam ko! buat bahana kat anak bini je ...

bukan Chenta nak memilih
tapi TERPAKSA memilih ..

1st sekali Chenta sedar siapa Chenta
2nd Chenta pilih itu penting untuk kebaikan dunia & akhirat
kalu takat laki macam ko ..
memang berlambak kat lua sana ..

thanks to Nisyaq
perkenalkan web ini pada Chenta
http://baitulmuslim.com/


Thursday, 21 March 2013

Sayu Di Pagi Hari

Masuk je opis Chenta kelaparan so buat milo & Oat..
terdengar lah desas desus .. kisah metro harian ..

yang membuatkan Chenta ingin tahu tu adalah kerana ...
rakan sekerja Chenta bercerita bagai ..
kisah bapa nya yang juga berada ditempat kejadian ..
yang berniat pada awalnya ingin membawa cucunya
(anak kepada rakan sekerja Chenta ni lah)
mengikuti agenda perasmian di tempat kejadian ..
bila terkenangkan apa yang berlaku malam tadi di hadapan matanya ...
berjurai-jurai lah airmata ayahnya ketika pulang ke rumah .. syukur ke hadrat Illahi ..
nasib baik lah rakan Chenta tak membenarkan ayahnya meneruskan niat baik nya itu ..
kuatnya hati seorang ibu kuat untuk anaknya ...

Chenta pun terfikir .. adakah pada masa akan datang majlis keraian begini akan di jauhi oleh kita ...

Al-fatihah buat adik Damia .. & takziah buat keluarganya ..

Friday, 1 March 2013

Happy Birthday

Salam Semua !
So genaplah to 365 @ setahun usia blog Chenta ..
^^Actually ianya wujud on 29th Feb ^^
4 tahun sekali lah katakan ... so tak da la celebration untuknya

Dalam banyak2 blog yang Chenta bina hanya inilah sahaja yang tinggal
& Chenta rasa Chenta ingin teruskan ...
Sampai bila belom ketahui lagi ..
almaklumlah Chenta jarang berdiskusi

Anywhere ... Im going to start my engine ...
Lets go guys join me for next Phase of my life ..

Wish me Luck & Pray for me
to Meet my Prince
at last for this year !!
^^




Friday, 8 February 2013

Mood bertukar!

*mood happy*
bila bos Chenta bagi angpow ..
hehehe
last year dia tak bagi sebab Chenta x g umah dia ...
TQ Boss!!

Boss Chenta akan bercuti selama 1 minggu @ 9 hari (6 hari bercuti & 3 hari annual leave)
hehehhe
untungkan mereka yang bercuti ketika ini ...
*mood Jeles*

Chenta mula-mula memang nak apply AL tapi ..
macam rugi pulakkan ..nak g mana je pun .. 
Jalan Sure Jem 
Orang lain beraya .. kita lak nak menyibuk 
*Mood pujuk diri*

nak simpan cuti untuk Next Year lah ..
mana tau Jodoh sampai ..
dapat lah berbulan madu lama sikit ..
ahahahah
*Mood verangan*


Buat kawan-kawan yang menyambut


Chenta ucapkan Selamat bercuti!!

Kasi Pantun Sikit lah ..

Gong Xi Fa Cai,
Selamat Tahun Baru Cina,
Raya Selesai,
Jangan Lupa datang Kerja!!

^__^


pssst .. uols pegi mana je ??..
Chenta nak maroton Movie kat VCD je ..

^__^


Tuesday, 29 January 2013

Sireh ..hik hik hik


setuju tak kawan-kawan..

Sireh atau piperacea
mempunyai nilai sentimen yang tersendiri...

masa kecik-kecik dulu Chenta suka main2 makan sireh
sebab nak kasi mulot berwarna merah ..
lama dah tak merasa kepahitan & kekebasan dalam mulut ni disebabkan
sireh & isi kandungan yang dicampurkan sekali

semalam nak dijadikan cerita ..
makcik memberikan selipatan sireh yang ditelah di doakan untuk sang sunti kesayangannya ..
Chenta pun dapat!! hehehe

alahai touching ok!

dia seorang ibu yang sangat mulia hatinya ..
ambil berat akan anaknya .. juga sahabat andai anaknya
dilayan sama level sahaja ..
tak terasa terasing pun ..
tapi Chenta tetap Chenta yang pemalu & segan silu
hik hik hik
^__^

anak : apa ni mak ?
mak :sireh ..
anak : untuk apa ni mak ?
mak: makan je lah .. baca selawat 3 kali
..gulp!! diam ..
 anak : untuk apa ni mak ?
mak : makan je lah .. baca selawat 3 kali
(senyum menjela)
anak : untuk apa ni mak ?
mak : makan je lah .. baca selawat 3 kali
(muka tak bersalah smbil layan tv)
Chenta : makan baca selawat je ke?.. xpayah niat apa-apa?
mak : alahhh... untuk jodoh .. selawat lah 3 kali.. ikhtiar
(sambil senyum kambing)

gulp!! ^___^

.
.

tersentuh hati Chenta
mendengar usaha si ibunya yang sangat prihatin akan kesunyian si anak suntinya
amin
moga usaha si ibu diperkenankan olehNYA ..

* masih ada 2 bakinya untuk si anak*


Wednesday, 14 November 2012

Fear ... face o rise?

seperti biasa
Chenta memilih untuk hadapinya
dengan hati yang berdegup kencang
perasaan yang berbaur2 ..



acapkali ..
tiba 1 tahap ..
Chenta PASTI akan lari!!!!

^___^

hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ebrlaku pada Chenta ketika itu ..

T____T

kamu kejam!!!

^____^

Tuesday, 13 November 2012

Qiamat pada Hari Aasyura!



KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

Friday, 9 November 2012

Inilah masanya ...

So .. kerana aku telah tahu .. aku bukan BFF ko ...
kerana secara rasminya ko telah mewar-warkan siapa BFF ko kan ...

so ..
baiklah ...
dah banyak kali Dia tunjuk kan siapa ko ..
tapi aku tetap menempat ko sebagai BFF aku ..
tapi jelas ternyata lagi bersuluh ...
ko tak pernah menghargainya ...

haisshhh
Chenta ...
smpai bila lah sentiasa hendak
dipermainkan dan dipergunakan ..

Subhanallah ..
tetapkanlah kesabaran dalan hatiku ...
Amin...















dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim ...
aku lepaskan ko sahabat ..
seperti mana yang dikau kehendaki ...

Moga Allah kembalikan kekuatan aku ...
Untuk kehidupan yang seterusnya ...
Amin.

Thursday, 8 November 2012

T_T Note

Chenta perlukan seseorang untuk meluahkan semua ni ...





Monday, 3 September 2012

31st August 2012..















55 Tahun kita Merdeka ..
Mari sama - sama kita panjat kan doa kepada yang Maha ESA..
Kerana limpah kurnianya .. kita masih MERDEKA





All from mr google search injin ...TQ


 

^____^

SELAMAT HARI MERDEKA !!!

ada yang tak bagi Address lagi

Thursday, 23 August 2012

Tadaaaa.... ^_____^

Impian yang menjadi kenyataan ... kembali bersiaran buat Chenta meloncat seketika!!


TQ to all follower Chenta ...
.. ada sesuatu buat anda semua ...

Silalah emailkan Chenta alamat penuh korung yer .. di comment box Chenta ni ..

Chenta tunggu sehingga hujung bulan depan September ..
Jangan risau Chenta rahsiakan detail di komen box ni ...

^____ ~

Alhamdulillah ...

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan

Usai Solat & bersarapan ..
Chenta menonton TVTiga
Ustaz Sharizan Daud
"Ramadhan ini
buat yang wajib pahala berlipat kali ganda ..
buat yang sunat dapat pahala wajib"

^___^ Chenta nak rebut rebut semua tu .. ^____^

Sampai di ofis .. dapat email dari sahabat handai .. terpanah pada 1 ungkapan ..  


" Do'a  Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
·         Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
(jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Hati Chenta dengan sebak nya forward kan kemaafan Chenta kepada rakan-rakan sepejabat yang Chenta rasa memang Chenta ada tersilap kata & perbuatan ...

Mendail pula telefon Ayah ..
tak berjawab ..
Mesej tak berbalas 
Chenta cari di FB ... dengan genangan air mata
hanya mesej kemaafan Chenta sampaikan di sana ..
Moga Allah bukakan pintu hatinya membuka mesej FB dari Chenta

Mendail telefon Mak ..
pun tak berangkat juga ...
alamak top up dah tak ada !
Top up HP dulu ..
dengan pelbagai baur perasaan yang ada ..
Chenta sending mesej kemaafan pada emak ..
Moga sampai lah ianya ke hati emak ...

KINI,
Chenta ingin memohon sejuta kemaafan juga buat kalian yang memenuhi alam Maya ini ..
Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan ini diberkati oleh NYA ..




Monday, 11 June 2012

HARI INI : Panjang Umurnya

Allah selamat kan kamu 
Allah selamat kan kamu
Allah selamat kan ayanhanda ku
Allah selamat kan kamu

Semoga dikejauhan ini
Moga Dia melimpahi ayahanda dengan RahmatNya
Moga Ayahanda mengampuni segala dosa anak-anak ayahanda
dan Moga ayahanda berbahagia dan sihat walafiat disamping keluarga pilihan ayahanda ...

Rindukan ayahanda ..

Thursday, 31 May 2012

HARI INI: tembaKAU seDUNIA

Salam semua ...
Tak Sangka ari ni
31 MEI 2012
ada keistimewaan nyer ...

HARI TEMBAKAU SEDUNIA
Apa yang kita faham untuk hari ini ??..

Yerrr .. !!!
Hari ini adalah hari meraikan
kakak-kakak , adik-adik, makcik-makcik dan
khasnya pakcik-pakcik & abang-abang
yang di luar sana ..
yang telah berjaya menghentikan pembakaran tembakau

ha??!! salah ??
then??...
Hari Untuk pe tembakau ni ??...
Cer citer SKit!!

tapi tak pe ..
CHENTA tetap nak ucapkan
Tahniah
buat mereka yang berjaya
BERHENTI MEROKOK
* Clap Clap Clap*

google image

Wednesday, 25 April 2012

Chenta

kenapa entah airmata ni tak boleh nak hentikan ...
sakit yang teramat ...
tak mampu membendung airmata ni lagi ...
mengalir terus mengalir hari ini ...

Its soooo hurt!!
I cant stand alone anymore ...
but I have to!!!

xboleh nak ingat kata-kata kamu tu ...
sakittt!!!




doakan moga Chenta lebih tabah ..
Chenta amat memerlukan doa kalian!!!

Hari Ini : Bulan April! =D

bangun lewat!!!
semalam g men bowling ngan kawan-kawan opis ..
sesaja Chenta bawa mereka main ..
really enjoy it!!!

tapi semalam Baby Chenta yang sweet tu sakit ...
sampai ari ni tak elok-elok lagi ...

ishk banyak nak share ..
tapi Im Really BZ with Anthony & Mark ..
huhuhu

Ok! On Track!!
Pagi tadi Chenta dengar radio Hot & Roll
hahaha tak lah .. radio fav Chenta la  ...

Pasal April Bulan Mulut Sdunia!!
Ha! macam tau-tau je .. Chenta planning tuk check gigi bulan ni ...
tapi ongkos nya idak cukup bu'!!

Tanggoh lagi!!

kenali reaksi mulut anda !
prihatin from Google Search