KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN @ MALAM
NISFU SYAABAN DARI PANDANGAN ISLAM | Takzkirah Subuh | Bulan Syaaban muncul
lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita
sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban.
Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan
yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima
belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit
sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua
selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah
kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan
adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai
berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu
berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan
apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah
sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan
Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah;
Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa
dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya
lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah
kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul
Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah.
Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam
lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka,
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai
yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad
s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf
sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau
lalai.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan
rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa
Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis
yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh
lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku
kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku
pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu
daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat
menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya :
“ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah
kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini
kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari
terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan
hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari
kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya.
Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku
sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari
kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar
“.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang,
Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu
Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam
Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi
rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan
terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana
buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan
buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb
Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan
pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan
terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan
Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi
kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi
menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi
Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada
menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang
maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga
hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala
mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang
yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati
pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan
untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda
Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka
Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu
dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul
Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita juga
digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda
yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan
perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila
masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu
padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan
Syaaban, diharamkan Allah
tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di
dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan
Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan
Syaaban, dimudahkan Allah
atasnya
Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya
kegelapan di dalam kubur,
dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup
Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada
awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir
Khamis daripada
Syaaban, dimasukan dia ke dalam
syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan
yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan
Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan
(menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani
rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana
membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan
Syaaban, kemudian dia bersalawat
atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara
lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus
pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN
SYAABAN
Mengenali
bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban
terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang
bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan
peperangan bani Mustaliq.
Sumber:
http://hikmah.org.my
dan tak lama je lagi nak sampai ke Ramadhan, harap2 sempat ke sana
ReplyDeleteInsyaAllah Kak
DeleteSalam Chenta,
ReplyDeleteSama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita mengerjakan ibadat di bulan-bulan yang penuh keberkatan ni,
Amin ...
DeleteMoga-moga Mak Long
perkongsian yg bermanfaat.. tak sabar menerima kunjungan Ramadhan pula.. <3
ReplyDeleteCinta pun Cik Gee
DeleteSyaaban sebenarnya mengingatkan kita yg ramadhan kian menghampiri kita. Bulan yang dijadikan bagaikan saudara kembar pada ramadhan ini banyak pengisian amat bermakna buat kita - moga kita semua mampu mencari kebaikan dari bulan ini.
ReplyDeleteTx kak for share dengan Chenta ..
DeleteMoga2 Ramadhan yang bakal menjelma memberikan sinar baru ...