Monday 22 July 2013

Kasihan Mereka Di bulan Ramadhan

SubahanAllah ..

Salam Ramadhan kawan-kawan ..
lama bebenor lah Chenta tak menarikan jari di atas keyboard ni untuk tatapan kawan-kawan maya sekalian ...

Bukan apa ... macam biasalah .. Chenta ni banyakkkkk sangat nak di kongsikan .. tapi bila login jerrr.. sure ati dah tak ada untuk menaip ..

kenapalah wahai hati .. sejak dua menjak ni ... lain bebenor rasanya ...

ni pun Chenta kuatkan lah hati & jejari Chenta yang makin mengecil dari kekbuan .. huhuh
puasalha katakana ... hehehe

Chenta tak puas hati ...
Sedih pun ado ...
Marah pun ado ...
Nak mencerita ni .. bukan mengumpat ..
berdosalah Chenta andai ini satu umpatan ...
tapi ini adalah nyata dari penglihatan Chenta yang kabur2 mulanya .. lalu tersedar dari lamunan...

eccceeehhh .. cerita lacepat lahai!!! .. banyak bunyik lak kan ?? ... *ada tak hati deme kata gitu ha??? ^^

Sesapa kenal pemilik kereta bernombor JHN 7148 .. Chenta macam yakin x yakin sangat lah yang memandunya tu berkulit hitam manis , lelaki & bercermin mata .... hiasan dalaman kereta macam menunjukkan Islam & sudah berkeluarga ..

Selamba KODOK jer dia menghembuskan asap rokoknya ...
mulanya Chenta buat x retilah .. last2 Chenta pun baru tersedar .. bukan kah ini bulan Ramadhan .. Kasihanlah keluarga mereka ... yang mengharapkan pimpinan dari sang ketua isirumah ...
sepanjang perjalanan chenta ekorrr dia .. pikiran Chenta hanya Kasihan isteri & anak2nya .. Kasihan isteri & anak2nya .. Kasihan isteri & anak2nya ..

Subhanallah ... beginikah golongan pemimpin keluarga masa kini ??

nak amik gambar .. HP dh abis batri ... nasib ko lah gambar tak dapat ..nak pastikan dia india ke melayu ek .. Chenta ikuttttt kete dia .. tapi dia perasan kut Chenta ikut dia .. x de pun dia masuk mana2 kawasan perumahan ... ermmm .. dah alang2 sampai kat simpang umah Chenta .. biorkan lah .. Allah maha mengetahui ...

itu kalu betol2 dia Islam lah ... kalu bukan .. memang padan lah dia kuar masuk putung rokok tu kat mulut dia .. hehhe

sekian ... kesedihan semalam ..

Friday 14 June 2013

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN @ MALAM NISFU SYAABAN DARI PANDANGAN ISLAM | Takzkirah Subuh

 
KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN @ MALAM NISFU  SYAABAN DARI PANDANGAN ISLAM | Takzkirah Subuh | Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.


PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
 
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :

Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
 
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Sumber: http://hikmah.org.my

its S.P.A.M

Kawan-kawan
Chenta terima email berkaitan account bank expired melalui email semalam ..
pagi ni pun terima lagi ...
sangat pelik lah ... bila la masanya Chenta berdaftar dengan RHB...
tanpa membuang masa & dapatkan confirmation direct dari bank ..
pagi-pagi lagi sampai opis Chenta call la number customer service yang tertera seperti web yang dinyatakan ...
 
RHB lady : please ignore the email as that is spam.
Chenta : how to clarify it?
RHB lady : see the web link .. and please ignore that kind of email for any others bank too ..
 
 
 
 
 
 
 
 
huhuhu
all information correct from the webpage ..
hebat sungguh penjenayah kini ...
semakin hari semakin
terancam Chenta rasakan ..
 
hati-hati yer kawan-kawan ..
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday 24 May 2013

Tangisan berdarah ...

Chenta terjumpa ni ..
 
kata-kata yang mungkin boleh menyedarkan kita
 
jadi .. Chenta share kan bersama
 
mungkin ada sesuatu yang perlu kita amati ...
 
 
 
 
salam Jumaat ..
 
 
 

Monday 13 May 2013

May Inspiration Words

Salam ...
 
Just share with you
This is make me
more better after keep in motivate myself
by use the Inspiration Words & changing it every Month ...
for all my status of contact
 
 
 
hey!
suggest u to
try it to urs also
~its work!
 
  

Thursday 18 April 2013

Its all About ..




 


 
 
 
 
Who's at the back of the beautiful face ??
 
 
Donna Paige O'Hara vs Belle (Beuty & The Beast)

Irene Bedard vs Pocahontas

Jodi Marie Benson vs Ariel (The Little Mermaid)



Kelly Macdonald vs  Merida (Brave)

This is my favourite cartoon 2013!!
1st time in my life watching cartoon & dropping my tears  ..
with BRAVE
I am suggested you to watch it!!

Linda Larkin vs Princess Jasmine (Aladdin)

Jacqueline Ruth vs Cinderella

Anika Noni Rose vs Tiana (The Princess & the Frog)



 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 




Friday 12 April 2013

today is MY DAY

Alhamdulillah ..
Aku masih membuka mata hari ini ..

Jauh disudut hati ...

Today's my 32nd birthday,
and I should be partying like every other single women would be.
I don't know what brought me to this paper, I guess I just really miss you....

Today, I should be celebrating, but instead I'm cleaning the mascara marks that followed the path of my tears down my face. Non of my friends know about you in my life .. no body are with me and tell me that I should smile and enjoy my single life, How lonely I am??
There's an aching in my heart where you used to be.
 
I turn 32 today, living without you.
Truth is, it's only my heart craving in the past. In reality, time is still going by.. Even without you.
It's hard to face it, but it's real. You're far from me .. You're not coming back to me... You're not here anymore, not in my heart anymore. Your smile is faded. I take a deep breath, clothes my eyes to make a wish, but I see your face.. I hide behind a fake smile, open my eyes.
I blow out my candles, but nothing happens. Wish you are here....

Moga Allah memperkenankan segala hajat & doaku ..
Amin..

Thursday 11 April 2013

Not Recommended & its my consence !!

Alhamdulillah ..
selepas memaksa si doctor
& bertegang urat jugak lah kiranya dengan en.doctor tu ..
Chenta berjaya keluarkan housemate Chenta dari pusat tahanan

*sila baca dengan nada ala-ala minah kepoh*
Really!!
macam pusat tahanan ..
they tangkap you masuk
then put u in 1 room
once a day baru jenguk bagi rawatan
tu pun just tanya-tanya & cek ubat pe yang diberi je ..

Masa nak mintak keluar tu bertegang urat jugak lah Doc tanya kenapa, kenapa & kenapa  ..
Housemate Chenta hanya mampu kata dia nak keluar, rasa tak sihat duduk dalam wad, sejuk aircond, badan tak berpeluh bertambah demam nya ..
*mula-mula reasonable lah demam 40'C - dah kata nurse 37.5'C is tahap normal untuk hari tu
means dah ok lah kan ..

leh lak doc kata tu masih tinggi ..

*(_ _) nampak sangat nak wet ...*

Chenta menambah ..
"Psychology Nye doc, kalu tempat tu kita tak suka memang takkan sihat lah kita .. muram & monyok aje lah kita .. so pukul berapa boleh keluar ni??"

I am straight to point person .. supaya jelas & terang

Nak tau pe doc tu kata masa Chenta suruh jugak dia keluarkan Housemate Chenta?
"apa-apa berlaku saya tak bertanggungjawab and MC saya cuma bagi setakat hari ni  ye ..
sebab awak dah keluar hospital .. dah tak sakit .. esok awak dah boleh start keje la kan "

walhal .. dia sendiri tau Housemate Chenta tak la sihat sepenuhnya lagi ..
agak-agak la nak kata macamtu pun .. macam la klinik lain tak boleh bagi MC ..
daaa ...

Chenta tanya lagi :
"pukul berapa semua settle & boleh keluar?"
"dalam pukul 3-4 petang"
then mereka blah macamtu je ..
Maaflah Chenta terpaksa bersifat aggresif sebab otak Chenta dah pergi ofis ..

Cerita tak abis lagi nih ..

Lunch hour Chenta datang hosp & follow up lagi ke discharged department pulak.
*Kepohkan saya!!*

"saya nak tanya pesakit nama sekian bila boleh settle discharged dia?"
"petang"
"Petang pukul berapa paling lewat?"
"pukul 2"

sementara menunnggu masa tu Chenta melawat la Housemate Chenta..
mengadu kesakitan jarum masuk air tu tak dibukak lagi .. salur air yang diminta Housemate Chenta untuk dibuka sementara nak pergi mandi .. tak dipasang semula lak tu ..

*kalu betol nak pesakit sihat .. dah bukak salur air tu pasang lah balik!!! ..
takkan tiap kali nak kene cakapkan ..
you are staff nurse kut .. xkan tak take care your patient!! ..
dah banyak kali diorang buat macamni ..
di sbb kan nak balik dah kan .. minta je lah diorang terus bukak jarum tu*

google search .. tangan sapo tah ni den pinjam yo..
"nurse, boleh bukak tak ni? sakit la .."
"discharged kan hari ni?.. payment dah settle ke ??"

sampai gitu sekali ..sebab tak bukak jarum???
"tak lari do den kalu dah bukak jarum ni .. den kek sini yo " koba Housemate Chenta

sampai pukul 1.50pm Chenta datang jumpa cik adik berkenaan ..
"dah settle ke ?"
kelam kabut cari fail kata insurans co. tak reply lagi ...
dan-dan tu call & push insurans company ...

*Bleh pulak ??!! Adoi takkan nak Chenta mengadap baru nak buat keje??*

Pantang tol lah buat keje terkedek-kedek ni...

"Cik boleh keluar selepas tinggalkan deposit RM50 sebab Insurans company belum settle payment lagi"
Den setuju yo .. sobab den nak masuk opis semula dah ni ..
Bertuahlah Chenta bawa Housemate balik masa tu .. nak tau kenapa??


After office hour jumpa la my housemate ..
She said that the Hosp call and ask to pay another RM25 because of insurance co. not covered the doc visit charges ..

Last Monday br housemate Chenta sihat sepenuhnya .. dan my housemate have to follow up  dengan HR & Insurance co dia for the charges said ...


sila maklum ye PMCare Insurans Co punya nama ...
sampai arini masih tak settle lagi siasat kes (kes lah konon)..

lembab kan??!

Nak jadikan cerita .. Hospital Salam Call Chenta last day & ask me to pay RM25 tu .. macam biasa .. I am always like to ask Y ..Y ..& Y ...

You guys .. after di sal selidik .. what the items yang Insurans tu tak covered??
*ni yang buat Chenta jadi minah kepoh ni*

Situation :  Chenta anta Housemate ke hospital around 5.30 AM - 6.00 AM - Emergency Area ..
Charged  : RM75

yang ni yang Insurans tak covered!!! Its nonsense for me .. then I just hold back the call then said that I'll check by myself with the Insurans Co.

huh!!What you say??!! 









Tuesday 2 April 2013

Tak TerCapai Dek Akal ku

hangin lak Chenta arini ..
dengan perasaan yang risau lagi
mencemas kan Chenta aje

Chenta hantar housemate ke Hospital Salam Senawang,
emergency kes lagi ..
mau tak emergency .. dr kul 1 am - 5 am ..
tak tido sebab muntah sepanjang masa
*kene lah Chenta amik 1/2 day sebab x tido*

bleh lak .. missy tu tanyo den
ni nak amik ubat ke , nak injection ke nak masuk wad?

hangin den!!!
dengan kemengantukan
kerisauan
kecemasan
semuo ea ado ...
"saya nak kene buat keputusan ke ?... kalu nak amik ubat or injection baik saya amik kat tawakal tadi je .. cer u pikir kan yang terbaik untuk pesakit ni ..& kenapa saya amik surat dari doctor untuk jumpa pakar .. Bla..bla bla "
Chenta ceritakan apa yang berlaku kepada housemate Chenta lah kan ...



6.30 am
selesai pendaftaran, checking, everything *Chenta tak lah dibenarkan untuk bersama pemeriksaan*
kami dihantar ke bilik yang ditetapkan .. &  missy kata peasakit kena berpuasa untuk membuat altrasound .. xpek do dek non .. pesakit ni dh perut 0 disuruh puasa smpai kul bape tu ???
Tak pasti ... sebab GL x lulus lagi ... dengan budi bicara yang berhemah .. Chenta mohon pesakit diberi makan dulu .. then baru berpuasa di samping menunggu GL lulus...

dah selesai umumkan kepada yang parents & friends housemate Chenta ni akan keadaannya ..
Chenta pun balik & berehat , bersedia untuk ke pejabat pada tengaharinya...

nak Jadi Cerita Hangat Hari Ini wassap diterima :

"tolong callkan Insurance Company kenapa GL x kua lagi"

Jam sudah pukul 2.00 PM

Giler kejam nasib baik Chenta mintak makan pagi tadi kalu tak .. mau Innalillahiwainailaihirajiun Housemate den tu ..

Chenta call company Insuran & suruh fax kepada semua nombor yang Salam ada ..sebab dia kata dah 2 kali hantar  ..

tak puas hati .. Chenta dari pejabat hokey!!
call Salam .. Receptionist la yang jawab .. habis semua Chenta kuakan yang terbukau ..
"kejap ye Cik saya sampaikan di Admit dept" - sekali tak angkat da ...
"saya sambungkan terus ke pembantu doctor ye"
"maaf, saya tak ada kene mengenakan pun , ini tugas staff nurse , saya sambungkan ke sana"
- kata pembantu doctor hokey!!! *hangin tol la*
Chenta dapat bercakap dengan staffnurse tu dengan namanya sekali Chenta hamik hokey - memang Chenta macam tu sebab nak bukti yang kukuh ..
"kami baru terima GLtu baru sekejap ni"
kenapa lambat sedangkan syarikat insuran tu dah reply you lama .. nak bagi pesakit kronik ke ??
"kami punya mesin FAX tu memang lambat sikit terima"

HELLO!!! YOU ARE ATTENDING AMERGENCY CASE HOKEY !!..SOMEMORE SPECIALIST HOSPITAL TITLE .. SHOULD NOT HAVE THIS TYPE OF PROBLEM ANSWERED!!!

huh! so lembab! tolonglah anta staff you pergi training!!!






 

Saturday 30 March 2013

Rasa seketika

Pedih lah hati ni bila terasakan semua ni

Semalam colleque Chenta bertanya ..
" akak x rasa sunyi ke kak?"

yer semakin lama semakin terasa .. tapi ada ke cara lain untuk hilangkannya

ok lagi bilamana rakan yang sama-sama status tanya soalan & meluah perasaan macam tu ..

tapi yang jadikan Chenta hangin
ada lah satu aritu .. xingat bila
tapi sampai bila-bila Chenta akan ingat semua apa yang dikata tu ..
satu penghinaan!!
dan Chenta takkan maafkan dia selagi dia tak minta maaf pada Chenta...
*masa ni hati Chenta dah cool tu yang boleh meluah perasaan*

Mentang-mentanglah
Chenta tak da saudara lelaki mahupun seorang ayah
yang menjadi tempat mengadu Chenta

sapa yang tak nak kawin & ada zuriat sendiri kan??
Siap kuat2 kata Chenta anak dara tua??
memang la itu benar ..
tapi apa keperluan & kehendak engkau
nak kata semua tu pada kawan2 semua?

Honoursly ..
my parent sendiri pun tak bising pasal status I ok ..
to me ..
he really to much!!
Masa tu ..
nak marah memng tak boleh ..
hati sebak & berbekam!!
Hanya yang terlintas di hati selama 2 minggu ..
Chenta istighfar & berkata dalam hati ...
"ko pun ada anak perempuan yang bakal melintasi hari2 seusia aku ..
mohon pada Allah selagi dia tak maafkan aku ini juga lah yang akan berlaku pada anaknya ."

Moral of the story...
*moral yang memujuk hati untuk sabar*
buat apa berlaki ..
kalu mulut laki macam ko! buat bahana kat anak bini je ...

bukan Chenta nak memilih
tapi TERPAKSA memilih ..

1st sekali Chenta sedar siapa Chenta
2nd Chenta pilih itu penting untuk kebaikan dunia & akhirat
kalu takat laki macam ko ..
memang berlambak kat lua sana ..

thanks to Nisyaq
perkenalkan web ini pada Chenta
http://baitulmuslim.com/


Thursday 28 March 2013

Berani Kerana Benar

Awak berani sumpah??

Chenta hanya bertanya
kerna apa yang tertanya tu adalah memang dari hati ...
Ingin tahu ...
adakah hati ini benar atau kata-kata kamu yang benar...
Kenapa sering menduga & tidak menjawab soalan
sedangkan hanya kamu & Allah yang tahu kebenarannya ...
Mengaku itu adalah lebih baik dari terus diburu penyesalan...

Ada yang senang melafazkan SUMPAH
sedang kan dia tahu bahawa dia MEMANG bersalah
apakah jenis manusia itu??
tidak takut ke dia pada SUMPAH yang dia lafazkan
tidak takut ke dia pada hukum Allah??

Namun orang jenis ni yang Chenta jumpa & rapat sekali suatu masa dahulu
sangat ringan mulutnya memohon maaf
namun tidak rasa keikhlasan & kejujuran dalam setiap yang dilafazkan ..
Maaf padanya hanya 1 perkataan yang menyejukkan hati pendengarnya

Ada pula yang susah melafazkan SUMPAH
namun katanya berani untuk katakan ...
kerana padanya berani kerana benar ..
Dia tahu ...
Hukum Allah sangat besar tak sepatutnya takut termakan SUMPAH nya sendiri
Tapi sampai kesudah tak melafazkannya ..
Kebenaran yang macamana yang ingin ditegakkan tu??

Orang jenis ini sangat susah nak mengaku silap & memohon maaf ..
sedangkan memohon maaf itu dituntut walaupun kita tidak bersalah ..
terguris hati sesama manusia siapa yang tahu kan ...
kenapa manusia jenis ini tidak mengendahkan semua itu??

Chenta hanya ada sekeping hati yang sangat sensitif
6sence dalam English ...
Doa ku hanya inginkan kebahagiaan yang terbina dengan kejujuran & keikhlasan kamu ...





Copy Cat : Do You Know?

Now I must go look at everything in my cabinet!!

Thursday 21 March 2013

Sayu Di Pagi Hari

Masuk je opis Chenta kelaparan so buat milo & Oat..
terdengar lah desas desus .. kisah metro harian ..

yang membuatkan Chenta ingin tahu tu adalah kerana ...
rakan sekerja Chenta bercerita bagai ..
kisah bapa nya yang juga berada ditempat kejadian ..
yang berniat pada awalnya ingin membawa cucunya
(anak kepada rakan sekerja Chenta ni lah)
mengikuti agenda perasmian di tempat kejadian ..
bila terkenangkan apa yang berlaku malam tadi di hadapan matanya ...
berjurai-jurai lah airmata ayahnya ketika pulang ke rumah .. syukur ke hadrat Illahi ..
nasib baik lah rakan Chenta tak membenarkan ayahnya meneruskan niat baik nya itu ..
kuatnya hati seorang ibu kuat untuk anaknya ...

Chenta pun terfikir .. adakah pada masa akan datang majlis keraian begini akan di jauhi oleh kita ...

Al-fatihah buat adik Damia .. & takziah buat keluarganya ..

Friday 1 March 2013

Happy Birthday

Salam Semua !
So genaplah to 365 @ setahun usia blog Chenta ..
^^Actually ianya wujud on 29th Feb ^^
4 tahun sekali lah katakan ... so tak da la celebration untuknya

Dalam banyak2 blog yang Chenta bina hanya inilah sahaja yang tinggal
& Chenta rasa Chenta ingin teruskan ...
Sampai bila belom ketahui lagi ..
almaklumlah Chenta jarang berdiskusi

Anywhere ... Im going to start my engine ...
Lets go guys join me for next Phase of my life ..

Wish me Luck & Pray for me
to Meet my Prince
at last for this year !!
^^




Monday 18 February 2013

I Miss U

Really ..
I'm Really Missed You ..


Waking up I see that everything is okay
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling
This innocence is brilliant,
I hope that it will stay
This moment is perfect,
Please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
 Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere
I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling
This innocence is brilliant,
I hope that it will stay
This moment is perfect,
please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it,
don't you let it pass you by

It's the state of bliss you think you're dreaming
 It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful, it makes you wanna cry

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
 It's so beautiful, it makes you wanna cry
 
It's so beautiful, it makes you wanna cry

This innocence is brilliant,
it makes you wanna cry
This innocence is brilliant,
please don't go away
'Cause I need you now
And I'll hold on to it,
don't you let it pass you by

This innocence is brilliant, it's so beautiful, it's so beautiful
This moment is perfect, please don't go away
 I need you now, it makes me wanna cry
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

 AVRIL LAVIGNE - INNOCENCE LYRICS
 

Friday 8 February 2013

Mood bertukar!

*mood happy*
bila bos Chenta bagi angpow ..
hehehe
last year dia tak bagi sebab Chenta x g umah dia ...
TQ Boss!!

Boss Chenta akan bercuti selama 1 minggu @ 9 hari (6 hari bercuti & 3 hari annual leave)
hehehhe
untungkan mereka yang bercuti ketika ini ...
*mood Jeles*

Chenta mula-mula memang nak apply AL tapi ..
macam rugi pulakkan ..nak g mana je pun .. 
Jalan Sure Jem 
Orang lain beraya .. kita lak nak menyibuk 
*Mood pujuk diri*

nak simpan cuti untuk Next Year lah ..
mana tau Jodoh sampai ..
dapat lah berbulan madu lama sikit ..
ahahahah
*Mood verangan*


Buat kawan-kawan yang menyambut


Chenta ucapkan Selamat bercuti!!

Kasi Pantun Sikit lah ..

Gong Xi Fa Cai,
Selamat Tahun Baru Cina,
Raya Selesai,
Jangan Lupa datang Kerja!!

^__^


pssst .. uols pegi mana je ??..
Chenta nak maroton Movie kat VCD je ..

^__^


Sunday 3 February 2013

Friday 1 February 2013

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Edisi copy bulat2

hahahahah ... ini tidak termasuk dalam GA yer ... sila tengok di bawah & Click Banner
^___^
hahahahah
**************



http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/2013/02/intanberlian-mega-giveaway-2013.html

Meh join GA kawan bloger kita ni ramai2.. sila klik banner pink ni !!

 Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA (anak owner blog IntaNBerliaN)   YANG AKAN CABUT UNDI (",)


*********************



^___^
owner yang bagi copy bulat2 hahahha .. TQ owner
MOGA-MOGA CHENTA PEROLEH LUCKY BULAN INI..
AMIN 

Mari BerkongC Pendapat

Sejak dari mendengar ceramah di TV
oleh siapa Chenta tak ingat
tapi yang pastinya Ustaz
kekadang terngiang2 suara Ustazah
Ishk tak ingat lah siapa ...
Penting tak ???

oklah balik pada kisah yang sebenar ..
dalam ceramah tu berkisah puasa
amalan & niat
dalam mengerjakan segala suruhan Allah
yang Chenta fahamlah dari apa yang diberitahu
Kita tidak boleh melakukan sesuatu suruhan Allah itu kerana 
mendambakan pahala dari Allah 
itu menunjukkan kita tiada keikhlasan

dan dari hari itu ..
Chenta berusaha melapangkan hati Chenta
melakukan segalanya ..
bukan kerana itu & ini ..
tapi ikhlas kerana Allah
dan Chenta teruskan dengan ajarkan diri
untuk terus tidak mengungkit segala
perbuatan/pertolongan yang Chenta berikan
 walau sangat terusik & terkecil hati

tapi seperti dibawah ini ...
bagaimana?