Saturday 7 April 2012

Dari Mata Kasar Kamu

Salam !
Haiya! best Cuti?
makan kat luor je ke ?? or
g shoping barang dapur ??
lets Chenta share kan something .. before kita membeli belah ..


nampak tak gambar ni ??.. macam tak sangat kan ??
^_________^

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu.
Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia
 mengatakan bahawa melalui mata kasar,
terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu
iaitu
warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur.
Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.

1. Dari segi warna
Jika dilihat,
daging babi : mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar)
- warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam.
- Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan,
kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu,
walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air.
Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi,
warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.
Chenta : so ini tak lah berkesan ...


2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging.
daging lembu : serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas.
daging babi : serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang.
Perbezaan ini semakin jelas
ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).
Chenta : sanggup ko pegang?? hehehe

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya.
Daging babi : mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik
lemak lembu : lebih kaku dan berbentuk.
lemak daging babi : sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya
lemak daging lembu : agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).
Chenta : cer tengok- cer tengok ...

Namun kita harus berhati-hati
pada bahagian tertentu seperti buah pinggang,
lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.
Chenta : Ishk abis tu ??

4. Dari segi tekstur
Daging lembu : mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat
daging babi : lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar).
Melalui perbezaan ini sebenarnya
ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan
yang nyata antara keduanya kerana
dapat dirasakan
daging babi : lebih kenyal dan mudah direnggangkan.
daging lembu : terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan
Chenta : lagi ?? ..scroll down ... 
pula bahawa

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya.
Daging babi : mempunyai aroma khas tersendiri,
Chenta : busuk kan ?? haiya!! betol ke nih ??
aroma daging lembu : adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui.
Dari segi bau inilah sebenarnya
perkara paling penting
untuk membezakan antara kedua-dua daging ini.
Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya,
namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan.
Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini
memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana
memang perbezaannya tidak terlalu ketara.


6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya,
bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain,
sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu.

Namun
ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan,
apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu,
kedua-duanya (daging babi dan lembu)
menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

IF YOU CARE, DON'T FORGET TO SHARE!


psst : tapi .. orang dah masak kat dapaur kat kedai-kedai tu .. mana kita tau kan ??!!
uhuhuu ...

2 comments:

  1. Saya ni selalu juga makan kat kedai. Harap semuanya selamat dan dijauhkan drp unsur2 tak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ..

      Nauzubillahiminalzalik...

      ^__________~

      Delete

Terima Kasih dari Chenta