rasa yang AMAT tidak mampu diluahkan ...
BW Chenta jumpa ini ...
Buat Cinta Chenta di hati ...
Buat hati Chenta yang lara ...
tenangkan lah ...
agar kembali pulih seperti sedia kala ...
T______T
Kesepian pasti mencengkam diri apabila berjauhan.
Rasa sepi, rasa rindu dan rasa keseorangan dan sebagainya akan menerpa tiba.
“Rasa perlu kepada ‘teman’ berbicara dan bergurau senda”.
Jika kesepian itu tidak diubati,
dibimbangi akan mungkin terpengaruh dengan mereka yang
ada-ada saja nak mengambil kesempatan terhadap kesepian yang dialami.
Bisikan syaitan pasti sedia menanti serta siulan nafsu sentiasa mengoncang hati.
Ubatilah kesepian dengan kesetiaan.
Setia kepada Allah dan rasul akan membantu diri kita agar tidak tertewas dengan godaan sepi.
Banyakkan berzikir, mengadu kepada Allah dan sujud kepadaNya.
Amalkan doa-doa penguat hati dan kesetiaaan hati
agar Allah tetapkan iman dan berikan kekuatan kepada kita terutama sekali apa bersendirian.
“Ya Allah, Ya tuhanku! Tetapkan hatiku kepadaMu dan kesetiaanku kepadaMu. Serta tetapkan hatiku dijalanMu ini menuju syurga firdausi idaman sekalian”.
Mohon Kekhusyukan hati
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khuyuk, daripada nafsu yang tidak kenyang daripada doa yang tidak dimakbulkan”.
Mulakan setiap apa yang kita lakukan dengan
membaca ‘bismillah’ agar
Allah jauhkan kita daripada setiap godaan orang lain untuk melemahkan kekuatan hati dan iman kita.
Apabila bersendirian dan hati terasa sepi,
cuba-cubalah mencari kawan-kawan yang mampu mendengar apa jua yang kita mahu sampaikan
dan juga mampu menyelesaikan apa jua masalah kita.
Insyallah, kita akan dapat menempuh setiap cabaran dan dugaan manusia yang suka mengambil kesempatan terhadap kesepiaan atau mungkin kelemahan yang kita alami.
Sentiasa ingat bahawa diri kita sentiasa dibawah penguasaan yang Maha Pencipta.
Berdoa dan pohonlah kekuatan dan ketetapan hati itu.
Andai kata keimanan dan kesetiaan hati ini bertunjangkan dan bertapak di hati sanubari. Beristiqfar setiap hari kerana ia dapat membersihkan jiwa dan menguatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia.
As salam Chenta,
ReplyDeleteNice entry! Terima kasih dear... Bila susah hati, elak berseorangan, jika bersendirian byk2 baca Quran atau berzikir... Jiwa yg kosong, syaitan akan mengambil kesempatan... Baiki hubungan dgn Allah insya'Allah hubungan sesama manusia akan ok ;)