teringat masa 5 tahun dulu
isteri kepada seorang ustaz (ahli fiqh)
menasihatkan Chenta
masa tu solat terawih di Kota Mekah
"cuba kire solat wajib yang belom di qada'..
lebih baik digantikannya terlebih dahulu sebelum menjalani solat sunat terawih"
Chenta pun kira
=(
apa guna buat solat sunat kalu wajib pun berlobang-lobang
xpek apa2 pun ...
oleh kerana
ganjaran solat di Kota Mekah berlipat kali ganda ...
Makanya Chenta mengambil kesempatan
menggantikannya di sana ...
InsyaAllah ...
moga-moga DIA menerimanya
Chenta Copycat lagi
Kali ni dari 9n0L4
Anda wanita Islam? Jadi anda WAJIB baca ni!
Kebanyakan perempuan/wanita/muslimah tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu tentang perkara ini.
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul² pakar dalam bab 'orang² perempuan' ni hingga terpaksa merujuk kepada lelaki/ustaz² yang bernama LELAKI jugak. Ye takkkk? (:
Contohnya yang paling simple bila ditanya kepada kebanyakan wanita Islam,
"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"
Pastinya kita akan dengar jawapan daripada kebanyakan mereka yang tak tahu menahu ni mengatakan:
"Alaa...tu soalan mudah jee. Bila 'datang period' maka solat tu tak perlulahhh qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee. Itulah yang kami belajar sejak mula² 'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan, nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa. Ye takkk? Huhu. Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun. Hal ini boleh dirujuk dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. ;)
Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu Subuh, kira² sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu Subuh, kira² sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah perlu bagi perempuan itu diqadha juga solat Maghribnya.
Sila rujuk: Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!
Chenta mila tau ni...tp kdg2 mesti tgu siang baru mandi untuk solat zohor huhuhu.... daifnye kita kan?
ReplyDeleteAlhamdullah ..
ReplyDeletefakta nya ada ..kita kene pandai cari je ..
kan Mila!
^___^