Saturday, 28 April 2012

Tak Perlu Buka Pekung Didada

apa tah tujuan Chenta untuk berblog ni ...
Chenta pun tak tau ...
heheheh

tapi Chenta sebenarnya nak berkongsi masalah ...
tapi Chenta tak tau macamana ...
Nanti dikatakan membuka pekung didada ..

Chenta
agak kurang pasti pekung tu macama bentuknya ..

then kalu tak buka pekung tu ..
macaman masalah nak selesai ?
kata orang ..
pilih org-org tertentu ..
yang boleh dipercayai ..
antaranya orang2 yang alim dan bijaksana dalam hal-hal ni ...

TAPI...
Chenta dah hantar email dah kat tanyalah ustaz ..
last saturday ...
sampai ari ni tak da jawapan ...
macamana ?

AKHIRNYA ...
Chenta hanya mengaduh ...
Macam ni ...
ASYIKKKKKK - ASYIIIIKKKK CHENTA!
Jadi anak durhaka nihhh ..
Hidup atas dunia pun Chenta sakit ..
Mati esok pun Chenta PASTI akan merasa sakit ...
Semuanya sakit-sakit belaka ..
Cita-cita untuk jadi bidadari syurga hanya tinggal cita-cita semata ...

aduhhhh


SELAMAT BERHARI MINGGU ...
Senyum itu perlu agar seusia ini tiada kedut menjengah tiba ...
Peace!

Wednesday, 25 April 2012

Chenta

kenapa entah airmata ni tak boleh nak hentikan ...
sakit yang teramat ...
tak mampu membendung airmata ni lagi ...
mengalir terus mengalir hari ini ...

Its soooo hurt!!
I cant stand alone anymore ...
but I have to!!!

xboleh nak ingat kata-kata kamu tu ...
sakittt!!!




doakan moga Chenta lebih tabah ..
Chenta amat memerlukan doa kalian!!!

Hari Ini : Bulan April! =D

bangun lewat!!!
semalam g men bowling ngan kawan-kawan opis ..
sesaja Chenta bawa mereka main ..
really enjoy it!!!

tapi semalam Baby Chenta yang sweet tu sakit ...
sampai ari ni tak elok-elok lagi ...

ishk banyak nak share ..
tapi Im Really BZ with Anthony & Mark ..
huhuhu

Ok! On Track!!
Pagi tadi Chenta dengar radio Hot & Roll
hahaha tak lah .. radio fav Chenta la  ...

Pasal April Bulan Mulut Sdunia!!
Ha! macam tau-tau je .. Chenta planning tuk check gigi bulan ni ...
tapi ongkos nya idak cukup bu'!!

Tanggoh lagi!!

kenali reaksi mulut anda !
prihatin from Google Search


Sunday, 22 April 2012

Hari Ini : Siapakah ?

MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW
BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ
@ Masjid Negeri Seremban (6.30 ptg-22 April 2012) ...
dinegeri lain juga ada .. ikut jadual ..
next station KL ...
 
Beliau adalah ...
keturunan yang ke-39 daripada baginda al-Musthofa Nabi Muhammad s.a.w
melalui salasilah Sayyidina Hussain as-Syahid bin Ali bin Abi Tholib RA.


Nama penuh beliau ialah
Umar bin Muhammad bin
Salim bin
Hafiz bin ‘Abdullah bin
Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Umar bin
‘Aydrus bin Umar bin
Abu Bakar bin ‘Aydrus bin Hussain bin
Syaikh Abu Bakar bin Salim
bin Abdullah bin
Abdurrahman bin
‘Abdullah bin
Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin
‘Ali bin ‘Alawi bin
al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin
‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin
‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin
‘Alawi bin
‘Ubaidullah bin
Ahmad al-Muhajir bin
‘Isa al-Rumi bin
Muhammad al-Naqib bin
‘Ali al-Uraidhi bin
Ja’far al-Sadiq bin
Muhammad al-Baqir bin
‘Ali Zainal ‘Abidin bin
Hussain as-Sibt putera kepada
Sayyidina ‘Ali bin Abi Tholib dan
Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti
Sayyidina al-Musthofa Muhammad s.a.w.

Semenjak kecil lagi Habib Umar telah menghafal al Quran.


Beliau merupakan seorang ahli hadis yang mencapai taraf al-Hafiz,
iaitu telah menghafal lebih 100,000 hadis berserta sanad dan hukum matan.

Beliau juga digelar dengan panggilan al-Musnid,
iaitu orang yang mampu menghafal penuh setiap salasilah hadis sehingga Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau juga digelar al-Mufassir,
iaitu ahli tafsir al-Quran yang menghafal setiap asbabulnuzul dan didukung dengan hadis-hadis yang sahih beserta asbabul wurudnya.

Habib Umar adalah seorang pendakwah dan ahli sufi yang telah menubuhkan
sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang terkenal iaitu Darul Mustafa di Tarim, Hadramaut, Yaman.

Beliau juga tersenarai di dalam "The 500 Most Influential Muslims" di nombor ke 33.




"kata mak Moon"
yang lelaki ni (anak-anak lelakinya)
g la berjabat tangan dengan dia ..ambil berkat
antara orang-orang yang doanya sentiasa dimakbulkan Allah ..
InsyaAllah ....

^______^
besar hajat mak Moon ..


Kau??
taknak ??!!
0______O

Kau Soal - Ko Jawab ..Boleh??



credit : to mr google

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah atau na...
ma lainnya Baitullah""Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah""Allah ada dalam tu?"
"Tak.....""Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu..""Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt""Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..""Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?""Pernah...... selalu..""Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?""Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?""Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..""Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..""So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?""Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya..""Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..""Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?""Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

Credit to: Sesiapa yg share...By: Saya Anak Melaka

Saturday, 21 April 2012

Betul tak?? (,")

Chenta sedang belajar memberi ruang
atau lebih kemas tak bersepah ayatnya ..
*hehehe*

Chenta belajar
memberi kepercayaan kepada awak di sana
awak yang disana juga perlu belajar
menghargai kepercayaan yang diberikan
saya mahupun orang lain ..

awak yang yang membaca pun harus begitu ...
^______~

betul tak ???

Rahsia Hati Cinta Chenta



1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.


 

Friday, 20 April 2012

Copycat : Hati Cinta Chenta ^____^

Chenta mohon copycat
topik kali ni dari



بسم الله الرحمن الرحيم

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
Imam al-Ghazali pernah berkata;

Carilah
hatimu di tiga tempat:
1) Ketika membaca al-Quran
2) Ketika sedang solat
3) Ketika mengingatkan kematian 

Jika di tiga tempat tersebut
engkau belum menemukan hatimu,
maka mohonlah kepada Allah untuk memberikanmu hati,
sebab engkau sedang tidak mempunyainya ...


Ingin Chenta menambah di sini
Jumaat lepas
topik kebaikan kemaafan ...
yang sempat Chenta dengar & ingati
perkara ke 3
"kebaikan kemaafan membuatkan seseorang itu sihat tubuh badan"

tips kemaafan :
Ingat 2 , lupakan 2

Ingatlah keburukan kita kepada orang lain
Ingatlah kebaikan orang lain kepada kita

Lupakanlah kebaikan kita kepada orang lain
Lupakanlah keburukan orang lain kepada kita


sempena Ulangtahun Kelahiran Chenta Tempoh hari
"Chenta sentiasa membaca berdoa ni.."

Ya Allah,
Kalau dia memang jodohku dekatkanlah ..
Jodohkanlah .. (nama sipolanbinsipolan )
Jika dia tidak berjodoh denganku ..
Maka jadikanlah kami jodoh ...
jangan sampai dia mendapat jodoh yang lain selain aku ...
Saat dia telah memiliki jodoh ..
Jodohkanlah kami kembali .. Jodohkanlah dengan aku
Amin ...

Petikan doa ini memang sangat sesuai untuk  andarusia Chenta
^___^

petikan dr Migguan Wanita Disember 2002
Thanks Deq Nurul
yang membantu Chenta dan Hati Cinta Chenta
O___o



Tuesday, 17 April 2012

Tahukah : TOMCAT ? ..

Tom raider ?
Kucing ?
Harimau ?
Thundercat ?


 
Apakah ?????

Ianya sejenis serangga sayang ....

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : St...aphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Ädâ sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.
 

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuh hewan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953.

Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung.
Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Nasihat kepada penduduk yang dijangkiti:
Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam,
karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya.
Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus.

Hindari duduk dekat cahaya dan
jika dihinggapi kumbang rove,
jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar..
Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air.

Jika ada yg kena Tomcat, cepat cuci air bersih,
 hydrocortisone 1% or Salep betametasone+antibiotik neomycin sulfat-3xsehari or Salep Acyclovir 5%

Binatangnya kayak kalajengking
tapi kecil panjang warna merah belang hitam..
Klo digigit jadinya kyk herpes merah dan
tengahnya bernanah diameter 2cm dan terus membesar bila tidak di tanggulangi
( Chenta : apakah ayat ni ?? huhuh)Tolong di share kepada keluarga,saudara dan teman khususnya yang tinggal di Surabaya & sekitarnya.... Korbanya dah ratusan.. Bahkan apartmen pun kena

Harus dibaca penting sekali !!!
Waspada terhadap wabah
Jutaan Serangga TOMCAT
yg dpt menyerang kesehatan.


Monday, 16 April 2012

Cinta yang Parah

Chenta terduduk sepi ...
rasa yang AMAT tidak mampu diluahkan ...
BW Chenta jumpa ini ...
Buat Cinta Chenta di hati ...
Buat hati Chenta yang lara ...
tenangkan lah ...
agar kembali pulih seperti sedia kala ...

T______T



Kesepian pasti mencengkam diri apabila berjauhan.
Rasa sepi, rasa rindu dan rasa keseorangan dan sebagainya akan menerpa tiba.

“Rasa perlu kepada ‘teman’ berbicara dan bergurau senda”.

Jika kesepian itu tidak diubati,
dibimbangi akan mungkin terpengaruh dengan mereka yang
ada-ada saja nak mengambil kesempatan terhadap kesepian yang dialami.
Bisikan syaitan pasti sedia menanti serta siulan nafsu sentiasa mengoncang hati.
Ubatilah kesepian dengan kesetiaan.
Setia kepada Allah dan rasul akan membantu diri kita agar tidak tertewas dengan godaan sepi.
Banyakkan berzikir, mengadu kepada Allah dan sujud kepadaNya.

Amalkan doa-doa penguat hati dan kesetiaaan hati
agar Allah tetapkan iman dan berikan kekuatan kepada kita terutama sekali apa bersendirian.

“Ya Allah, Ya tuhanku! Tetapkan hatiku kepadaMu dan kesetiaanku kepadaMu. Serta tetapkan hatiku dijalanMu ini menuju syurga firdausi idaman sekalian”.

Mohon Kekhusyukan hati
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khuyuk, daripada nafsu yang tidak kenyang daripada doa yang tidak dimakbulkan”.


Mulakan setiap apa yang kita lakukan dengan
 membaca ‘bismillah’ agar
Allah jauhkan kita daripada setiap godaan orang lain untuk melemahkan kekuatan hati dan iman kita.


Apabila bersendirian dan hati terasa sepi,
cuba-cubalah mencari kawan-kawan yang mampu mendengar apa jua yang kita mahu sampaikan
dan juga mampu menyelesaikan apa jua masalah kita.

Insyallah, kita akan dapat menempuh setiap cabaran dan dugaan manusia yang suka mengambil kesempatan terhadap kesepiaan atau mungkin kelemahan yang kita alami.

Sentiasa ingat bahawa diri kita sentiasa dibawah penguasaan yang Maha Pencipta.
Berdoa dan pohonlah kekuatan dan ketetapan hati itu.
Andai kata keimanan dan kesetiaan hati ini bertunjangkan dan bertapak di hati sanubari.
Beristiqfar setiap hari kerana ia dapat membersihkan jiwa dan menguatkan hubungan kita dengan Allah dan manusia.

Atas Permintaan

Chenta tak la pandai mana pasal blog ni ..
cuma as a new comer
Chenta rasa Mila Mila
^____^ (ihiks comey jerr nama ia nih) ^____^

after copy paste kan pada gadet
bolehlah kut nak folo cara Chenta ni

Music Video di side bar
Chenta suka folo Mixpod
dalam list video Chenta boleh letak byk lagu ..

dan di main kan secara auto ..
register sebagai ahli 1st PERCUMA

kalu tak nampak sila  double clik pic



Then
.....................


Next
..............


next Lagi ...

Next .... lagiii


last but not least ....


senang kan ??


abis!!!
 boleh paham ke ??

Music Video dalam Entry  pulak !!
Selalunya Blogger
Copy Paste from Youtube atau seangkatannya ...
chenta amik Mixpod jugalah yerr..

dan next





Semoga dapat membantu !!

^____~



dari mata kasar Chenta lah kan ..
Mila Milo is a
Gud Writer & Worker Horlic & business women!!  ..
Oh cheeeeewahhh Promote tu ...


Wokeh sampai sini jer ..
Selamat berusaha Mila!!
^_____~




Giveaway Herba Tihara

CLIK banner untuk Join!


Sunday, 15 April 2012

CopyCat : Kisah Bau Kasturi & Zina


Salam kawan-kawan ...
Jom chenta nak share cerita di bawah ..
nampak panjang kan ... dan macam MUAL je nak baca ..
heheh Chenta lah tu !! ^___~
tapi selesai baca ..
Chenta rasa .. ermmmm seharum kasturi!!
buat simpanan dan tuntunan kawan-kawan ..
Chenta Copy dari FB kwn baru Chenta ...

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke ...rumah.
Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan
seorang wanita telah memanggilnya dan
memintanya untuk masuk ke dalam rumah,
apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu.
Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia..
Amarah wanita itu semakin bertambah.
Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang
terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain:
“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad.
Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air
dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri.
Apabila masuk ke bilik air, t
ubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa
dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan
ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri.
Sambil menangis ia berkata:
“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi,
ia dapati wanita itu sudah menunggunya.
Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan
wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya.
Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.
Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.
Ia terus balik ke rumah membersihkan diri.
Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat,
pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya.
Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf.
Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya
dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu.
Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya.
Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah,
apabila seseorang melakukan zina
ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah.
Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina,
ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya.
Itulah zina hati namanya.
 ^_^

Saturday, 14 April 2012

Oren - Mousse - Orange

nak juga.. gelas cantek ... + gelas askim .. jadilah tuk cuba-cuba ..
SILA
dapatkan resipinya di

Chenta cuma tukar ke Oren je
sebab nak makan Chesse kek Chenta 
nanti mual lak 

semua nya manis-manis 
kan ....


^______^


sedappp...

pada yang tak suka manis-manis
Chenta sarankan kurangkanlah gulanya



Friday, 13 April 2012

teringat masa 5 tahun dulu
isteri kepada seorang ustaz (ahli fiqh)
menasihatkan Chenta
masa tu solat terawih di Kota Mekah
"cuba kire solat wajib yang belom di qada'..
lebih baik digantikannya terlebih dahulu sebelum menjalani solat sunat terawih"
 
Chenta pun kira
=(
 apa guna buat solat sunat kalu wajib pun berlobang-lobang
xpek apa2 pun ...
oleh kerana
ganjaran solat di Kota Mekah berlipat kali ganda ...
Makanya Chenta mengambil kesempatan
menggantikannya di sana ...
 
InsyaAllah ...
moga-moga DIA menerimanya
 
 
 
Chenta Copycat lagi 
Kali ni dari 9n0L4 
Anda wanita Islam? Jadi anda WAJIB baca ni!


 
Kebanyakan perempuan/wanita/muslimah tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu tentang perkara ini.
 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakan wanita Islam. Kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah yang betul² pakar dalam bab 'orang² perempuan' ni hingga terpaksa merujuk kepada lelaki/ustaz² yang bernama LELAKI jugak. Ye takkkk? (:
 
Contohnya yang paling simple bila ditanya kepada kebanyakan wanita Islam,
"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" 

Pastinya kita akan dengar jawapan daripada kebanyakan mereka yang tak tahu menahu ni mengatakan:
"Alaa...tu soalan mudah jee. Bila 'datang period' maka solat tu tak perlulahhh qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee. Itulah yang kami belajar sejak mula² 'bergelar wanita' dulu"
 
Jika dibuat pantauan, nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa. Ye takkk? Huhu. Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid sekalipun. Hal ini boleh dirujuk dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. ;)
 
Dalam BAB TIGA : " Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."
Perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar.
 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu Subuh, kira² sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'.
 
HURAIAN MASALAH :
 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas)
 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
 
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-Perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu Subuh, kira² sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat Maghrib.
-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu Maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-Maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah perlu bagi perempuan itu diqadha juga solat Maghribnya.

Sila rujuk: Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!
 
 
 
 


Wednesday, 11 April 2012

HARI INI : Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong


Boleh dapat more information from here

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni AlMarhum Sultan Badlishah