Wednesday, 31 October 2012

Peringatan ..

Ini untuk peringatan diri sendiri ...

or

untuk mengsengsarakan diri sendiri ...

ayo !! kanavale!!



^___^

depends to yourself & situation ..


Monday, 29 October 2012

Sudah tu .. Cukup2 lah...


Wahh ceria -ceria hari semua
hari ni kan 
almaklumlah ..
baru balik beraya kan ...

sure sepanjang beraya ramai yang ada amik2 gambar kenangan
macam ni kan ??..... 


^__^

jangan nak tipu!
eleh tak nak ngaku lah pulak!

ahaks!!

ada jugak yang penat driving
sepanjang malam .. mengharungi jem!!
ye tak?

Alhamdulillah
semua selamat sampai! 
& mula bekerja!




Thursday, 25 October 2012

Salam Ingatan .. ^_^






you are so ....





Indahnyer suasana ..
adakah ia akan muncul seperti yang di impikan ...
segalanya kini hanya dariNYA yang satu





^____^

 ahahha Jiwang lah sangat kan ..





Pelik ..Tapi Inilah

Chenta
Seperti sebatang kara
Hanya berkawan dengan dunia Chenta sahaja

Chenta
Gadis bukan tinggal di kota
mahupun bukan di desa
Namun ciri desa 

arghhh
apa tah yang Chenta ngarutkan tu ...
hehheh
sebenarnya Chenta nak berpuitis tapi nak bagi maksud yang mendalam ..
tapi xsabar dah hati ni ..

Chenta pelik la ..


Hati ♥


sikit pun tidak dikongsikan dengan Chenta...
habis sibuk kongsi dengan sapa tu?
kenapa macamtu?

(otak yg +ve)
ooohhh...
 hati Chenta yang menghadapi masalah
perasan sendiri ..

Chenta tak tahan nak nangis!!!


Dari ‘Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim no. 1348).

Ya Allah...
Jadikanlah aku kekasihmu ..
Jadikanlah & peliharakanlah hatiku HANYA untukMU
Kau permurahkan lah rezkiMu & rahmatMu keatas ku
Lindungilah aku & keluargaku dari api nerakaMu

Amin ya Rabbal'alamin.




Friday, 12 October 2012

CopyCat: Cuba Bace ..Bayangkan kalu ini betul2 berlaku

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan bermuka bersih di muka pintu rumah kita…
Apa yang kita lakukan???

Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah S.A.W. sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita meminta pula agar Rasulullah S.A.W. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video, CD, DVD, movie ntah apa-apa yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu semuanya ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan poster-poster artis pujaan yang kita pasang di suatu ruang di rumah kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang dengan tergesa-gesa.
Barangkali kita akan mengeluarkan lafaz Allah dan Muhammad yang tersimpan di dalam setor dan kita letakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana pula bila Rasulullah S.A.W. bersedia untuk menginap di rumah kita???
Barangkali kita teringat bahawa adik-adik kita lebih hafal lagu-lagu Barat daripada menghafal selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Barangkali kita menjadi malu bahawa adik-adik kita tidak mengetahui sejarah hidup Rasulullah S.A.W. kerana kita lupa dan lalai mentarbiyah adik-adik kita sedangkan kita adalah pelajar sekolah agama.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu apabila kita tidak mengetahui dan mengingati nama-nama ahli keluarga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya,
Tetapi yang hafal dalam kepala otak mengenai anggota Westlife, Spider, KRU, Ungu…
Barangkali kita terpaksa menukarkan satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa sebagai seorang muslim, kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku dan majalah-majalah kita
Belum lagi koleksi cd-cd kita dan home theatre kita
Belum lagi koleksi karaoke kita dan play station kita
Kemana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??
Barangkali kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang melainkan pada hari Jumaat.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib kita masih sibuk di depan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari hiburan dan keseronokan duniawi
Barangkali kita menjadi malu kerana kita jarang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita
Betapa senyum Baginda masih di situ…

Barangkali apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan
Masihkah kita memeluk Junjungan dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita??
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal-hal yang membuatkan kita kalut dan malu

Maafkan kami Ya Rasulullah……….
Masihkah Baginda tersenyum???
Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir………
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini
Di mata Rasulullah….




Sumber : Wandi

Wednesday, 10 October 2012

Lepaskan !!

Chenta cuba meluahkan segalanya yang terbuku di sini ...
tapi ternyata Chenta tak mampu ..
T___T

hati Chenta sakit
kenapa buat Chenta macamni??


dah Chenta cuba
tapi ini sahaja yang dapat Chenta berikan ...
untuk tatapan semua ...



haaa....
sila lah jawab ..
mungkin ini dapat membantu menceriakan Chenta hari ini ..
^___^


Monday, 8 October 2012

APTB huh ! ... (",)

pagi-pagi nak berangin ..
sikit-sikit tegur dah lah ..
sama-sama .. penat ..
sama-sama busy ...

kalu korunk pepagi dh ada yang membebel tanpa henti
itu tak kene .. ini tak kene ...
apa korunk rasa ?
SUCKS sangat ke kerja kita ??

huh!
Usrah pagi ni menenangkan Chenta ..
Alhamdulillah ... Moga DIA tenang kan Chenta setiap hari & masa ...

"Seseorang yang bagus dan baik hati itu sentiasa senyum ,
sentiasa bergembira (nampak diketawanya),
dia tidak ambil kisah sangat sesuatu yang berlaku kepadanya,
sentiasa memafkan dan berlapang dada,
dia berusaha untuk melupkan derita dan masalah yang dilakukan terhadapnya,
akan tetapi,
tidak ramai orang yang tahu
bebenan dan penderitaanya itu "

Moga Chenta & anda semua
tergolongan dikalangan yang bagus & baik hati itu ...

^___^

Chenta maafkan ..
Selamat menjalankan tugas!



Tuesday, 2 October 2012

Alhamdulillah ...

Chenta dah Balikk!! ...
Alhamdulillah ..
Rindu tak ??
Rindu Tak ???


^___^


ok ..
banyak email-email yang perlukan response dari Chenta ..
so nanti kita bersiaran lagi ..
sebelum tu ...

here is the task for you ..
let me know what are they tried to tell you ...

^__^

eceh ceh ceh .. English lak kan ...
tak pe practise make perfect ...

who is not Malaysian or dont stand Malay Language ..
you are also invited to try explain this ..
also can try at home ..

^___^